Tuesday, January 27, 2009

selamat hari ulang tahun (2)







26.01.09 - selamat hari jadi... selamat hari jadi... selamat hari jadi angah.. selamat hari jadi...

happy birthday untuk hakim(angah) yg ke 4 tahun...
membesar bagai johan...






Thursday, January 22, 2009

selamat ulang tahun kelahiran




selamat hari jadi....selamat hari jadi...selamat hari jadi.. bondaku ... selamat hari jadi...

- selamat ulang tahun ke 62 buat bonda tercinta , Puan Hajjah Kalsom bte Hj Mohd Shariff
moga Allah panjangkan umur mu dan kesihatan yang sejahtera.

Wednesday, January 21, 2009

musim perayaan....

tiba lagi musim perayaan, dirayakan oleh yang berkenaan.bulan januari juga adalah 'musim perayaan' untuk keluarga ini ... perayaan berganda ..

sambutan hari ulang tahun - itulah perayaan berganda kami, bermula 22 jan, kemudian 26 jan diikuti 29 jan.Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki.Dan ditempatkan dikalangan umat-umat yang dikasihi Nya.



Monday, January 19, 2009

anak kembar

perihal kembar yang patut diketahui...

1.
Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tiada siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesebuah keluarga.


2.
Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur clomiphene iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka antara empat hingga lima peratus.


3.
Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar gonadotrophin kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus.


4.
Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.


5.
Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.


6.
Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.


7.
Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada kedua-duanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Pasangan kembar yang dihasilkan daripada dua telur atau kembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan manakala rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama.


- rezeki yang tidak diduga.setelah diselidik, peratusan kembar didalam salasiah keluarga ini amatlah jarang ditemui, bagi kedua-dua belah keluarga.

Sunday, January 18, 2009

bermula al-kisah nya.....



2009 -

Khairul Haziq Fitri (along) , Khairul Hakim Adha (angah) , Khairunnisa Hafify Najwa (alang) dan yang terbaru... kembar ku..

Khairunnisa Hana Afiqah & Khairunnisa Hani Aqilah...

maka inilah hasilnya... khairul's n family... hehehehe. penin gak mula2... tp.. sume ini pemberian dari Nya..amin.. Rezeki ... insyallah.. akan ku jaga permata2 ini..agar suatu hari nanti akan bersinar dengan gemilangnya...




khairul haziq fitri



khairul hakim adha




khairunnisa hafify najwa




khairunnisa hana aqilah & khairunnisa hani afiqah





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin